Pinjaman segera online 2026
Pinjaman segera ialah pinjaman peribadi kecil yang dimohon secara online dan boleh masuk ke akaun anda pada hari yang sama atau dalam 24 jam bekerja selepas perjanjian ditandatangani. Di Malaysia, pinjaman duit online seperti ini hanya sah jika ditawarkan oleh pemberi pinjam wang berlesen KPKT, dengan faedah maksimum 18% setahun.
Kelajuan bergantung kepada kelengkapan maklumat anda. Sediakan MyKad dan butiran akaun bank atas nama sendiri; sesetengah pemberi pinjam juga meminta slip gaji atau penyata bank.
Susunan di bawah adalah susunan komersial: kami mungkin menerima bayaran apabila anda memohon melalui pautan ini. Ia bukan penarafan kualiti. Semua pemberi pinjam yang disenaraikan memaparkan lesen KPKT di laman web mereka.

Tambadana
Wawasan Cojaya Sdn Bhd
Lesen KPKT WL6646/14/01-6/301127, sah hingga 30 November 2027. Tersenarai dalam senarai pinjaman dalam talian KPKT (4 Ogos 2026)

SakuWang
SAKU WANG SDN. BHD.
Lesen KPKT WL1396/10/01-12/190728, sah hingga 19 Julai 2028. Tersenarai dalam senarai pinjaman dalam talian KPKT (4 Ogos 2026)

Nimbura
Nimbura Sdn. Bhd.
Lesen KPKT WL7662/10/01-3/110127, sah hingga 11 Januari 2027. Tersenarai dalam senarai pinjaman dalam talian KPKT (4 Ogos 2026)

Adacash
Rock Wing Capital Sdn. Bhd.
Lesen KPKT WL7787/14/01-3/210327, sah hingga 21 Mac 2027. Tersenarai dalam senarai pinjaman dalam talian KPKT (4 Ogos 2026)

Finmart
SIA JEFF
Pinjam secara bertanggungjawab. Pinjaman daripada pemberi pinjam wang berlesen dikenakan faedah sehingga 18% setahun (tanpa cagaran). Mohon hanya jumlah yang mampu anda bayar balik, dan baca perjanjian (Jadual J atau K) sebelum menandatangani. Lewat bayar meningkatkan kos dan boleh menjejaskan rekod kredit anda. Untuk nasihat percuma mengenai hutang, hubungi AKPK.
Pinjaman segera 24 jam: berapa cepat duit masuk?
Pemberi pinjam dalam talian biasanya memberi keputusan dalam beberapa minit hingga beberapa jam. Wang dikeluarkan selepas perjanjian ditandatangani, sama ada secara digital atau di pejabat pemberi pinjam, bergantung kepada syarikat.
Permohonan yang dihantar pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum biasanya diproses pada hari bekerja berikutnya. Jadi "pinjaman wang segera 24 jam online" lazimnya bermaksud 24 jam bekerja, bukan 24 jam kalendar.
Pinjaman online terus masuk akaun
Pemberi pinjam dalam senarai di atas memindahkan wang terus ke akaun bank atas nama anda selepas perjanjian ditandatangani. Menurut laman web masing-masing (dibaca 30 September 2026), Nimbura menyatakan wang diterima pada hari yang sama, AdaCash memproses permohonan dalam beberapa jam pada waktu bekerja, dan Tambadana menghantar wang dalam 24 jam bekerja selepas perjanjian ditandatangani.
Pastikan nama pada akaun bank sama dengan nama pada MyKad. Pemberi pinjam berlesen tidak memindahkan wang ke akaun orang lain dan tidak meminta anda membayar apa-apa sebelum wang masuk. Bandingkan aplikasi lain dalam senarai aplikasi pinjaman berlesen.
Cara pinjaman online berfungsi
Pinjaman duit online daripada pemberi pinjam berlesen biasanya melalui langkah berikut:
- Pilih pemberi pinjam berlesen dan muat turun aplikasinya melalui pautan di laman web rasmi.
- Pilih jumlah dan tempoh, kemudian sahkan nombor telefon anda melalui SMS.
- Muat naik MyKad (dan swafoto jika diminta) serta sahkan akaun bank anda.
- Pemberi pinjam menilai pendapatan dan rekod kredit anda, termasuk CCRIS atau CTOS.
- Baca dan tandatangani perjanjian pinjaman (Jadual J atau K), secara digital atau di pejabat.
- Wang dipindahkan terus ke akaun bank anda.
Pinjam duit segera RM500 hingga RM1,000: contoh kos
Jumlah minimum berbeza mengikut pemberi pinjam: Nimbura dan Tambadana bermula dari RM300, dan SakuWang dari RM500, menurut laman web masing-masing.
Contoh wakil AdaCash: pinjaman RM1,000 selama 92 hari dikenakan faedah RM45, jumlah bayaran balik RM1,045. Contoh Nimbura: RM2,000 selama 90 hari dengan faedah RM90. Kira ansuran untuk jumlah dan tempoh anda dengan kalkulator pinjaman peribadi.
Pinjaman cepat dan mudah lulus: apa yang menentukan kelulusan?
Tiada pemberi pinjam berlesen yang boleh menjamin kelulusan, kerana mereka wajib menilai kemampuan anda membayar balik. Peluang pinjaman cepat lulus lebih baik jika jumlah yang dipohon kecil berbanding pendapatan, ansuran sedia ada anda rendah dan rekod CCRIS anda tiada tunggakan baru-baru ini. Semak nisbah hutang anda dengan kalkulator DSR.
Jika rekod kredit anda bermasalah, lihat pinjaman untuk blacklist. Jika anda tiada slip gaji, lihat pinjaman tanpa slip gaji.
Dokumen yang biasa diminta
Senarai sebenar bergantung kepada pemberi pinjam, tetapi kebanyakannya meminta:
- MyKad (warganegara atau penduduk Malaysia)
- Akaun bank atas nama sendiri
- Nombor telefon untuk pengesahan
- Slip gaji atau penyata bank, bagi sesetengah pemberi pinjam. Nimbura, Tambadana dan AdaCash menyatakan di laman web mereka bahawa slip gaji tidak diperlukan: lihat pinjaman tanpa slip gaji.
Pinjaman kecemasan: pilihan lain sebelum meminjam
Untuk kecemasan, bandingkan dahulu pilihan yang lebih murah: pengeluaran daripada Akaun Fleksibel KWSP, pendahuluan gaji daripada majikan, atau penstrukturan semula hutang sedia ada melalui AKPK. Pinjaman segera daripada pemberi pinjam berlesen sesuai untuk jumlah kecil yang pasti dapat dibayar balik dalam 3 hingga 6 bulan.
Loan segera daripada Ah Long: tanda amaran
Iklan "loan segera", "pinjaman ahlong segera" atau "pinjaman along segera" di WhatsApp, Telegram dan Facebook biasanya datang daripada pemberi pinjam haram. Tandanya: meminta yuran pendahuluan, meminta akses kepada senarai kenalan, tiada nombor lesen WL, atau menjanjikan wang tunai segera tanpa sebarang semakan.
Pinjaman tunai segera yang sah hanya datang daripada syarikat yang boleh anda semak dalam i-KrediKom. Lihat senarai pemberi pinjam berlesen KPKT dan cara mengenal pasti Ah Long.
Sebelum memohon
Kira jumlah bayaran balik dan pastikan ia muat dalam bajet bulanan anda. Gunakan kalkulator gaji kami untuk melihat gaji bersih anda selepas EPF, SOCSO, EIS dan PCB, kemudian kira ansuran dengan kalkulator pinjaman peribadi.
Soalan lazim
Adakah pinjaman segera selamat?
Ya, jika daripada pemberi pinjam berlesen KPKT. Semak lesen dan domain dalam aplikasi i-KrediKom, dan jangan bayar yuran pendahuluan.
Pinjaman online mana yang paling cepat masuk akaun?
Menurut laman web masing-masing, Nimbura menyatakan wang diterima pada hari yang sama, AdaCash memproses dalam beberapa jam pada waktu bekerja, dan Tambadana menghantar wang dalam 24 jam bekerja selepas perjanjian ditandatangani.
Berapakah jumlah minimum pinjaman segera?
RM300 di Nimbura dan Tambadana, dan RM500 di SakuWang, menurut laman web mereka. Pinjaman pertama biasanya lebih kecil daripada had maksimum.
Boleh ke pinjam RM1,000 segera?
Ya. RM1,000 berada dalam julat pinjaman pertama semua pemberi pinjam di atas. Contoh AdaCash: RM1,000 selama 92 hari dengan faedah RM45. Suri rumah dan pemohon tanpa pendapatan sendiri biasanya sukar diluluskan, kerana pemberi pinjam berlesen perlu menilai kemampuan membayar balik.
Adakah pinjaman segera 24 jam benar-benar wujud?
Ya, tetapi 24 jam biasanya bermaksud 24 jam bekerja. Permohonan pada hujung minggu atau cuti umum diproses pada hari bekerja berikutnya.
Ada ke pinjaman segera mudah lulus?
Tiada pemberi pinjam berlesen yang menjamin kelulusan. Jumlah yang kecil, pendapatan yang stabil dan DSR yang rendah meningkatkan peluang anda.
Bolehkah saya mendapat pinjaman segera tanpa slip gaji?
Ya, sesetengah pemberi pinjam berlesen hanya meminta MyKad dan akaun bank. Semua pemberi pinjam berlesen tetap perlu menilai kemampuan anda membayar balik. Lihat pinjaman tanpa slip gaji.